Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

91  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2486.
Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jarak waktu aku diutus dan hari kiamat seperti ini." Beliau memberi isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah."

92  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0820.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Biasanya, bila Rasulullah saw. berkhutbah, kedua matanya merah (berapi-api), suaranya lantang, dan semangatnya berkobar tinggi, bagaikan seorang panglima perang sedang memberi komando kepada bala tenteranya. Sabda beliau antara lain, "Waspadalah selalu, pagi dan petang. Masa kebangkitanku dah hari kiamat seperti ini lalu beliau perlihatkan telunjuk dan jari tengahnya (maksudnya sangat dekat). "Sesungguhnya sebaik-baik pengajaran ialah Kitabullah, dan sebaik-baik pemimpin ialah kepemimpinan Muhammad saw. Dan sejahat-jahat perbuatan ialah yang diada-adakan; sedangkan tiap-tiap yang diada-adakan itu adalah sesat. Agamaku lebih utama bagi setiap orang mukmin daripada dirinya sendiri. Kerana itu bila seorang mukmin mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk keluarganya. Tetapi jika dia meninggalkan hutang atau keluarga yang terlantar, maka hal itu adalah tanggungjawab ku."

93  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2122.
ari Anas r.a. katanya: "Nabi saw. pernah meminta air, lalu diberikan orang kepada beliau sebesen cetek. Maka berwuduklah kaum muslimin dengan air itu. Aku memperkirakan jumlah mereka berkisar antara enam puluh sampai lapan puluh orang. Dan aku menyaksikan sendiri air itu keluar dari sela-sela jari beliau."

94  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1773.
Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya, "Kami pergi berperang ke Khaibar bersama-sama dengan Rasulullah saw, Kami berjalan di waktu malam. Seorang anggota pasukan berkata kepada 'Amir bin Akwa', "Bacakanlah kepada kami sajak-sajakmu, hai 'Amir!" 'Amir memang seorang penyair. Maka turunlah dia menghalau unta sambil bersyair. Katanya: "Wahai Allah! Kalau bukanlah kerana pimpinan Engkau, tidaklah kami terpimpin, tidak kami bersedekah, dan tidaklah kami solat. Kerana itu ampunilah kami, selaku tebusan bagi Engkau atas kesalahan kami. Dan teguhkanlah pendirian kami jika bertemu dengan musuh. Tanamkanlah ketenangan di hati ksmi, apabila diteriaki kami datang. Dan dengan teriakan mereka menangis kepada kami. Maka bertanya Rasulullah saw.. "Siapa yang menghalau unta sambil berdendang itu?" Jawab mereka, " 'Amid." Kata beliau, "Semoga Allah memberinya rahmat." Lalu bertanya seorang anggota pasukan, "Betulkah begitu ya Rasulullah? Alangkah baiknya kalau Anda suruh saja dia supaya menghibur kami terus?" Kiranya kami telah sampai di Khaibar. Lalu kami kepung mereka, sehingga perut kami terasa kempis kerana kami merasa sangat lapar. Maka bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah menaklukkan negeri itu kepada kalian." Kata Salamah, "Setelah hari petang di hari penaklukan Khaibar itu, mereka banyak menyalakan api. Maka bertanya Rasulullah saw., "Nyala api, apa itu? Untuk apa mereka nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk membakar daging." Tanya beliau, "Daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan dan pecahkan!" Tanya seorang lelaki, "Atau ditumpahkan, lalu dicuci?" Jawab beliau, "Ya, atau begitu." Tatkala dua pasukan telah berhadap-hadapan, ternyata 'Amir hanya mempunyai pedang pendek. Dengan pedang itu ditetaknya betis orang Yahudi. Tetapi malang baginya, hujung pedang itu terus meluncur sehingga berbalik mengenai lutut 'Amir, dan 'Amir mati kerananya. Kata Salamah. "Tatkala mereka telah pulang kembali, Rasulullah saw. memegang tangan ku ketika beliau melihat aku diam." Tanya beliau, "Mengapa engkau?" Jawab ku. "Bapa dan ibu ku menjadi tebusan Anda. Mereka mengatakan, "Pahala amal si 'Amir lupus." Tanya beliau. "Siapa yang mengatakannya?" Jawab. ku, "Si Fulan, si Fulan, dan si Usaid bin Hudhair Al Anshari." Sabda beliau, "Dusta orang yang mengatakannya. sesungguhnya dia memperoleh pahala ganda; sambil beliau memberi isyarat dengan anak jarinya - Dialah pejuang yang sesungguhnya. Tidak seberapa orang Arab yang pergi berperang seperti dia."

95  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2278.
Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari Allah Ta'ala, bagikan hanya sebuah saja. Allah Ta'ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendak-Nya. Lalu Rasulullah saw. mendoa, "Allahumma musluurifa qulub, shiurlf quluubana 'aJaa thaa'atim."

96  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0139.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Kami berjalan bersama-sama dengan Rasulullah saw. antara Mekah dan Madinah, melalui sebuah lembah. Nabi saw. bertanya, "Lembah apa ini?" Jawab para sahabat, "Lembah Azraq." Sabda Nabi saw., "Aku seperti ternampak Musa a.s. (Nabi menyebutkan warna kulit Nabi Musa, rambutnya, yang kesemuanya tidak hafal oleh Dawud yang menyampaikan hadis ini). Dia meletakkan dua buah anak jarinya di kedua telinganya, sedang meninggikan suara membaca talbiyah, ketika dia melalui lembah ini. Kata Ibnu 'Abbas selanjutnya, "Kami terus berjalan hingga sampai ke suatu puncak, lalu Nabi saw. bertanya: "Puncak apa ini?" Jawab para sahabat, "Puncak Harsya' atau puncak Laft'." Kata Nabi saw., "Aku seolah-olah menampak Yunus sedang mengenderai unta merah. Dia memakai jubah bulu, tali kekang untanya dari serat-serat serabut. Dia melalui lembah sambil membaca talbiyah.

97  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2056.
Dari ' Aisyah r.a. katanya: "Apabila seseorang mengadukan suatu penyakit yang dideritanya kepada Rasulullah saw, seperti sakit bisul, kudis, atau luka, maka Nabi saw. berucap sambil menggerakkan anak jarinya seperti ini - Sufyan meletakkan telunjuknya ke tanah, kemudian mengangkatnya - Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba'dhina liyusyfaa bihi saqiimuna bi idzni rabbina (Dengan nama Allah, tanah bumi kami, dengan air ludah setengah kami, semoga sembuhlah penyakit kami dengan izin Tuhan kami.)

98  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2454.
Dari Zainab binti Jahsy r.a. katanya: "Nabi saw. bangun dari tidur sambil mengucapkan: Laa Ilaaha illallah, celaka orang Arab kerana bencana telah dekat. Hal ini terbuka dinding penutup Ya'juj dan Ma'juj selebar ini, Abu Sufyan merapatkan sepuluh jarinya." Tanya Zainab, "Ya, Rasulullah! Akan binasakah kita semua, padahal di antara kita terdapat orang-orang saleh?" Jawab beliau, "Ya, kalau kejahatan telah banyak terjadi."

99  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0206.
Dan 'Aisyah r.a:, katanya Rasulullah saw. bersabda : "Ada sepuluh macam fithrah : 1. Memotong misai 2. Merawat janggut 3. Menggosok gigi 4. Istinsyaq dengan air 5. Memotong kuku 6. Membersihkan buku-buku jari 7. Mencabut bulu ketiak 8. Mencukur bulu ari-ari 9. Istinjak. Kata Zakariya, "Mush'ab mengatakan bahawa dia lupa yang kesepuluh. Tetapi agaknya berkumur-kumur." Kata Waki', 'Intiqashul ma', ertinya: istinjak (cebok dengan batu)."

100  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2385.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya seorang pendeta datang kepada Nabi saw. lalu dia berkata, "Ya, Muhammad! Kelak di hari kiamat Allah Ta'ala memegang langit, bumi, bukit/gunung-gunung, pohon-pohon, air, binatang-binatang, dan seluruh makhluk dengan anak jari-Nya (dengan mudahnya). Kemudian Dia goncang seluruhnya seraya berkata: "Akulah Raja (penguasa)! Akulah Raja!" Rasulullah saw. tertawa mendengar perkataan pendeta itu dan membenarkannya. Kemudian beliau membaca ayat: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulungNya dengan tangan kananNya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (Az Zumar, 39:67)